Friday, June 25, 2010

Kerja-kerja pembinaan bermula hari ini!







Sempat tadi saya menyinggah sebentar melihat kerja-kerja permulaan untuk pembinaan Surau Al-Amin Taman Mantau Indah. Alhamdulillah, dah ada tanda-tanda permulaan pembinaan dan berdoa tiada gangguan yang datang semasa pembinaan surau ini. Mengikut perangkaan, surau Al-Amin ini dijangka siap 2 bulan dari sekarang. Dicongak dan dikira, sempatlah kita bersembahyang bersama semasa hari raya tahun ini bagi mereka yang tidak balik ke kampung. STMI begitu teruja untuk menunggu siapnya surau AL-AMIN kita semua ini. Berkat doa anda semua meminta kerja-kerja yang dijalankan teratur dan lancar semasa projek berjalan.AMIN

Wednesday, June 23, 2010

Penerangan Ringkas Mengenai Surau AL-AMIN oleh kontraktor Etnik Minda Enterprise


Mengikut dari Haji Suffian iaitu bos kepada Etnik Minda Enterprise, kerja-kerja besi telah pun dimulakan di bengkel beliau untuk surau AL-Amin ini. Semua kerja-kerja ini dibuat di bengkel beliau bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku memandangkan berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak. Disini juga ingin saya meminta kerjasama dari semua penduduk agar dapat mengawasi anak-anak kita yang bermain disitu.

Jabatan Agama NS datang menandakan arah kiblat Surau AL-AMIN


Pada jam 10:00pagi (23/6/2010) bertempat di tapak Surau AL-AMIN Taman Mantau Indah 1 telah didatangi oleh pihak Jabatan Agama N.Sembilan berserta AJK Pembinaan Surau AL-AMIN dan Kontraktor Etnik Minda Enterprise untuk mengukur arah kiblat. Arah kiblat dari depan dan belakang ditanda bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan Surau akan datang.Setelah selesai mengukur dan menanda arah kiblat itu, bacaan Doa dan tahlil yang diketuai Oleh imam kita iaitu Tuan Haji Ahmad Nordin. Jamuan ringan disediakan.

Friday, June 18, 2010

Taman Mantau masuk suratkhabar!


Salam semua, inilah buktinya keberkatan semua penduduk Mantau bersatupadu menjayakan hari keluarga TMI pada bulan lepas. Tahniah saya ucapkan kepada pemimpin Taman Mantau Indah 1 & 2 iaitu Tuan Umar Othman selaku Presiden TMI yang begitu prihatin kepada penduduk. Sekali lagi ingin saya ucapkan tahniah kepada Biro Wanita TMI yg begitu gigih menjayakan Hari keluarga TMI. Tahniah semua!

Thursday, June 17, 2010

Pembesar Suara surau AL-AMIN!!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan berkat izin tuhan, dapat juga kita menyatukan penduduk mantau didalam blog ini walaupun beberapa kerat sahaja yang tahu tentang blog ini. Untuk pengetahuan semua ada seorang Hamba Allah yg bernama En Ramlee telah bermurah hati untuk mendermakan pembesar suara kepada surau kita yang baru nanti. Moga-moga allah dapat membalas jasa baik En Ramlee sekeluarga.Amin

Tuesday, June 15, 2010

Mesyuarat Surau AL-Amin

Tarikh:15 Jun 2010
Masa:9:00 malam
Bertempat:Surau Al-Amin (Lama)

Agenda:

1)Ucapan dari Tuan pengerusi Haji Nordin
2)Mendapatkan kata sepakat dari semua AJK untuk melantik kontraktor yang baru memandangkan kontraktor yang terdahulu telah dibatalkan disebabkan kos yang terlalu tinggi.
3)Puan Mahani ada mengemukakan proposal dari syarikat EABH Enterprise
4)Kos untuk pembinaan surau Al-Amin yang diberikan oleh EABH Enterprise adalah RM80,000.00 tidak termasuk tandas,meter api dan air. Anggaran ruang solat 30'x40'.
5)Tuan Haji Nordin juga ada mengemukakan proposal dari Pembinaan Etnik Minda Enterprise yang berlokasi di sendayan.
6)Kos pembinaan bagi Pembinaan Etnik Minda Enterprise adalah sebanyak RM78,000.00 tidak termasuk tandas. Meter api akan ditanggung oleh kontraktor manakala air tidak termasuk didalam jumlah itu. Anggaran ruang solat 30'x48'
7)Bendahari menyatakan jumlah didalam akaun Surau Al-Amin sekarang adalah sebanyak RM76,700.00.
8)Setelah membuat undi, sebulat suara memilih Pembinaan Etnik Minda Etprs untuk menerajui pembinaan surau ini.
8)Mesyuarat ditunda pada satu tarikh akan diberitahu kelak.