Sunday, August 8, 2010

Gambar Surau AL-AMIN terkini!!!


Alhamdulillah....80% surau AL-AMIN telah pun hampir siap berkat kesabaran dari semua penduduk. Sempat juga menjengok kedalam surau baru yang tidar sabar rasanya untuk kita gunakan sempena kehadiran bulan RAMADHAN yg hampir tiba. Mudah-mudahan dapatlah kita melakukan terawikh di surau yang baru pada tahun ini. Disini ingin stmi nyatakan bahawa tandas telahpun kita mendapat sponser dari segi tenaga, bahan-bahan binaan disediakan oleh kita sendiri. Apa-apa pun saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung kita iaitu Tuan Omar yg begitu prihatin terhadap surau kita dan tidak lupa kepada Tuan Imam Haji Ahmad Nordin dan rakan2 yang lain. Moga-moga siaplah hendaknya surau kita ini!AMIN


Aktiviti Sempena Bulan Ramadhan







Assalamualaikum....Sehingga kini letihnya masih xhilang lagi berikutan aktiviti "BAKAR LEMANG" selesai dilakukan pada hari Sabtu 7/8/2010 bermula jam 9:00am. Kehadiran sederhana berikutan mungkin ramai yg balik ke kg masing-masing membuat persediaan sebelum ramadhan. Anggaran lemang yang dibakar adalah sebanyak 220 btg. Aktiviti dibahagi kepada dua iaitu Biro Wanita memasak rendang, ketupat dan bubur lambuk manakala lelaki membakar lemang dan membersihkan surau baru. Disini stmi ingin memberi pandangan jikalau tahun hadapan ingin melakukan aktiviti sebegini, hendaklah melakukan persiapan yg rapi sebelum aktiviti. Aktiviti berakhir jam 7:00 petang.