Wednesday, February 23, 2011

Terima Kasih kepada PPTMI 2010-2011!

Disini Ingin saya mengucapkan beribu, berjuta terima kasih kepada kesemua bekas AJK PPTMI 2010-2011 kerana telah menjalankan tugas dengan begitu cemerlang. Antaranya ialah pembinaan Surau AL-AMIN yang telah pun siap atas pemerintahan Tuan Umar dan ajk-ajknya. Semangat itu akan terus dibawa ke tampuk pemerintahan yang baru iaitu Encik Abdullah Md Shah dengan objektif yang sama iaitu membawa pembaharuan kepada semua penduduk di Taman Mantau Indah ini. Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang tidak berbelah bagi memberikan sokongan kepada bekas AJK PPTMI 2010-2011. Terima kasih semua!

Mesyuarat AJK PPTMI yang baru 2011 kali pertama

Meeting pertama AJK PPTMi telah diadakan pada 17 Februari 2011 jam 9.00 mlm.Antaranya melantik biro -biro di bawah PPTMI.. Disebabkan teraju baru pada tahun iini.utk sesi 2011 , banyak yang telah dirombak/ tukar, antaranya, Biro Hiburan & kakan-kanak , Biro Sukan / Haiwan liar telah tiada digantikan spt di bawah;

AJK Persatuan Penduduk TMN MANTAU iNDAH 1 & 2

Penasihat : Umar Othman

Pengerusi : Abdullah Md Shah

Naib Pengerusi 1 : Sharan Hussin

Naib Pengerusi 2 : Tn Haji Ahmad Nordin

Setiausaha : Ahmad Fauzi Mohd Ali

Naib Setiausaha :Azanah Mat Arof

Bendahari : Zamri Bin Aspan

Naib Bendahari : Sjn Roslan Mat Isa

Juru Audit :1) Mahani Mohd Nawri

2) En Fadzhil


1) Biro Kebersihan : Azizannor Othman / Minhat Malek

2) Biro Wanita : Azriah Sulaiman / Yusniza Osman

3) Biro Sukan : Naszaruddin Abd Aziz / Jemiah Nordin

4) Biro Kemasyarakatan : Mazlah Paimin / Haironizam Masiran

5) Biro Agama : Tn Hj Ahmad Nordin / Rosli Buntak

6) Biro Keselamatan : Abd Razak Mohamad / Hj Md Dom

7) Biro Belia : En Harun / En Azizon

' Semoga semua AJK dapat melaksanakan tugas dengan baik dan membangunkan TMN Mantau iIndah ini, Selamat Maju Jaya'


ikhsan daripada Biro Wanita Persatuan Penduduk Taman Mantau Indah

Sunday, August 8, 2010

Gambar Surau AL-AMIN terkini!!!


Alhamdulillah....80% surau AL-AMIN telah pun hampir siap berkat kesabaran dari semua penduduk. Sempat juga menjengok kedalam surau baru yang tidar sabar rasanya untuk kita gunakan sempena kehadiran bulan RAMADHAN yg hampir tiba. Mudah-mudahan dapatlah kita melakukan terawikh di surau yang baru pada tahun ini. Disini ingin stmi nyatakan bahawa tandas telahpun kita mendapat sponser dari segi tenaga, bahan-bahan binaan disediakan oleh kita sendiri. Apa-apa pun saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung kita iaitu Tuan Omar yg begitu prihatin terhadap surau kita dan tidak lupa kepada Tuan Imam Haji Ahmad Nordin dan rakan2 yang lain. Moga-moga siaplah hendaknya surau kita ini!AMIN


Aktiviti Sempena Bulan Ramadhan







Assalamualaikum....Sehingga kini letihnya masih xhilang lagi berikutan aktiviti "BAKAR LEMANG" selesai dilakukan pada hari Sabtu 7/8/2010 bermula jam 9:00am. Kehadiran sederhana berikutan mungkin ramai yg balik ke kg masing-masing membuat persediaan sebelum ramadhan. Anggaran lemang yang dibakar adalah sebanyak 220 btg. Aktiviti dibahagi kepada dua iaitu Biro Wanita memasak rendang, ketupat dan bubur lambuk manakala lelaki membakar lemang dan membersihkan surau baru. Disini stmi ingin memberi pandangan jikalau tahun hadapan ingin melakukan aktiviti sebegini, hendaklah melakukan persiapan yg rapi sebelum aktiviti. Aktiviti berakhir jam 7:00 petang.






Wednesday, July 14, 2010

Israk dan Mikraj











Alhamdulillah....selesai sudah majlis israk dan mikraj mlm tadi...ramai juga jemputan yang hadir untuk mejayakan majlis tersebut. Kanak-kanak, ibu-ibu dan bapak-bapak khusyuk mendengar ceramah daripada Ustaz Hambali menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Israk dan Mikraj. Didalam ceramah beliau, banyak menekankan mengenai solat yang wajib bagi kita umat islam melakukannya. Dari 50 turun kepada 5 cuba anda bayangkan!Apa-apapun stmi disini ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua biro wanita yang bertungkus lumus memasak dari pagi dan mengemas pula di sebelah petang. Harap dapat menjalankan aktiviti-aktiviti agama seperti ini lagi dimasa hadapan.

Sunday, July 4, 2010

Kerja-kerja terkini Surau AL-AMIN




Salam semua, setelah seminggu berlalu berbagai-bagai dugaan yang kita tempuhi untuk mendirikan surau sebagai rumah ibadah. Baru-baru ini kerja-kerja pembinaan telah pun mendapat arahan dari pihak yang berkenaan berikutan tiada kelulusan PLAN untuk mendirikan surau. 2 org wakil dari pihak berkenaan telah datang dan memberikan arahan memberhentikan kerja-kerja pembinaan. Semasa itu stmi ada disitu dan mendengar arahan yang diberikan dan kami akur kerana mereka juga menjalankan tugas mereka. Tersentak ketika juga mendengar dari wakil berkenaan menyatakan bahawa ada laporan dari pihak awam mengenai surau kita ini. Biasalah, ini semua dugaan duniawi yang hanya akan menyenangkan sestengah pihak dan mereka xpernah memikirkan yang apa mereka telah lakukan. Biarlah, seharusnya mereka boleh fikir secara relevant dan waras kerana Surau yang kita ingin bangunkan bukannya PUB, DISCO dan lain2. Sepatutnya mereka memberikan bantuan bukannya dengan kata-kata belakang yang tidak bersetuju dengan pembinaan surau. Malu, marah dan bermacam-macam reaksi yang STMI rasakan tetapi tetap bersabar. STMI berharap semua penduduk dapat bersatu hati bagi menyiapkan surau kita ini. Dan ingin STMI nyatakan disini bahawa pembinaan surau AL-AMIN telah pun mendapat kelulusan dari pihak berkenaan berkat usaha pengerusi surau yang baru dan beberapa orang wakil penduduk bersemuka dengan pegawai yang berkaitan minggu lepas. Alhamdulillah..........berkat doa orang yang terinaya......Amin

Thursday, July 1, 2010

Masuk lagi TAMAN MANTAU INDAH dalam akhbar!!

Salam semua, stmi ada terbaca artikel ini di Facebook taman mantau indah pada pagi tadi. Isi kandung keratan ini memang ditujukan kepada penduduk Mantau tetapi gambarnya tidak kena mengena dengan Taman Mantau. Mungkin ada kesilapan semasa membuat editing oleh pihak berkenaan. Tetapi apa-apapun diucapkan jutaan bebayak terima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana begitu perihatin terhadap taman mantau indah 1 & 2.ADIOSSSS