Sunday, August 8, 2010

Gambar Surau AL-AMIN terkini!!!


Alhamdulillah....80% surau AL-AMIN telah pun hampir siap berkat kesabaran dari semua penduduk. Sempat juga menjengok kedalam surau baru yang tidar sabar rasanya untuk kita gunakan sempena kehadiran bulan RAMADHAN yg hampir tiba. Mudah-mudahan dapatlah kita melakukan terawikh di surau yang baru pada tahun ini. Disini ingin stmi nyatakan bahawa tandas telahpun kita mendapat sponser dari segi tenaga, bahan-bahan binaan disediakan oleh kita sendiri. Apa-apa pun saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung kita iaitu Tuan Omar yg begitu prihatin terhadap surau kita dan tidak lupa kepada Tuan Imam Haji Ahmad Nordin dan rakan2 yang lain. Moga-moga siaplah hendaknya surau kita ini!AMIN


Aktiviti Sempena Bulan Ramadhan







Assalamualaikum....Sehingga kini letihnya masih xhilang lagi berikutan aktiviti "BAKAR LEMANG" selesai dilakukan pada hari Sabtu 7/8/2010 bermula jam 9:00am. Kehadiran sederhana berikutan mungkin ramai yg balik ke kg masing-masing membuat persediaan sebelum ramadhan. Anggaran lemang yang dibakar adalah sebanyak 220 btg. Aktiviti dibahagi kepada dua iaitu Biro Wanita memasak rendang, ketupat dan bubur lambuk manakala lelaki membakar lemang dan membersihkan surau baru. Disini stmi ingin memberi pandangan jikalau tahun hadapan ingin melakukan aktiviti sebegini, hendaklah melakukan persiapan yg rapi sebelum aktiviti. Aktiviti berakhir jam 7:00 petang.






Wednesday, July 14, 2010

Israk dan Mikraj











Alhamdulillah....selesai sudah majlis israk dan mikraj mlm tadi...ramai juga jemputan yang hadir untuk mejayakan majlis tersebut. Kanak-kanak, ibu-ibu dan bapak-bapak khusyuk mendengar ceramah daripada Ustaz Hambali menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Israk dan Mikraj. Didalam ceramah beliau, banyak menekankan mengenai solat yang wajib bagi kita umat islam melakukannya. Dari 50 turun kepada 5 cuba anda bayangkan!Apa-apapun stmi disini ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua biro wanita yang bertungkus lumus memasak dari pagi dan mengemas pula di sebelah petang. Harap dapat menjalankan aktiviti-aktiviti agama seperti ini lagi dimasa hadapan.

Sunday, July 4, 2010

Kerja-kerja terkini Surau AL-AMIN




Salam semua, setelah seminggu berlalu berbagai-bagai dugaan yang kita tempuhi untuk mendirikan surau sebagai rumah ibadah. Baru-baru ini kerja-kerja pembinaan telah pun mendapat arahan dari pihak yang berkenaan berikutan tiada kelulusan PLAN untuk mendirikan surau. 2 org wakil dari pihak berkenaan telah datang dan memberikan arahan memberhentikan kerja-kerja pembinaan. Semasa itu stmi ada disitu dan mendengar arahan yang diberikan dan kami akur kerana mereka juga menjalankan tugas mereka. Tersentak ketika juga mendengar dari wakil berkenaan menyatakan bahawa ada laporan dari pihak awam mengenai surau kita ini. Biasalah, ini semua dugaan duniawi yang hanya akan menyenangkan sestengah pihak dan mereka xpernah memikirkan yang apa mereka telah lakukan. Biarlah, seharusnya mereka boleh fikir secara relevant dan waras kerana Surau yang kita ingin bangunkan bukannya PUB, DISCO dan lain2. Sepatutnya mereka memberikan bantuan bukannya dengan kata-kata belakang yang tidak bersetuju dengan pembinaan surau. Malu, marah dan bermacam-macam reaksi yang STMI rasakan tetapi tetap bersabar. STMI berharap semua penduduk dapat bersatu hati bagi menyiapkan surau kita ini. Dan ingin STMI nyatakan disini bahawa pembinaan surau AL-AMIN telah pun mendapat kelulusan dari pihak berkenaan berkat usaha pengerusi surau yang baru dan beberapa orang wakil penduduk bersemuka dengan pegawai yang berkaitan minggu lepas. Alhamdulillah..........berkat doa orang yang terinaya......Amin

Thursday, July 1, 2010

Masuk lagi TAMAN MANTAU INDAH dalam akhbar!!

Salam semua, stmi ada terbaca artikel ini di Facebook taman mantau indah pada pagi tadi. Isi kandung keratan ini memang ditujukan kepada penduduk Mantau tetapi gambarnya tidak kena mengena dengan Taman Mantau. Mungkin ada kesilapan semasa membuat editing oleh pihak berkenaan. Tetapi apa-apapun diucapkan jutaan bebayak terima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana begitu perihatin terhadap taman mantau indah 1 & 2.ADIOSSSS

Friday, June 25, 2010

Kerja-kerja pembinaan bermula hari ini!







Sempat tadi saya menyinggah sebentar melihat kerja-kerja permulaan untuk pembinaan Surau Al-Amin Taman Mantau Indah. Alhamdulillah, dah ada tanda-tanda permulaan pembinaan dan berdoa tiada gangguan yang datang semasa pembinaan surau ini. Mengikut perangkaan, surau Al-Amin ini dijangka siap 2 bulan dari sekarang. Dicongak dan dikira, sempatlah kita bersembahyang bersama semasa hari raya tahun ini bagi mereka yang tidak balik ke kampung. STMI begitu teruja untuk menunggu siapnya surau AL-AMIN kita semua ini. Berkat doa anda semua meminta kerja-kerja yang dijalankan teratur dan lancar semasa projek berjalan.AMIN

Wednesday, June 23, 2010

Penerangan Ringkas Mengenai Surau AL-AMIN oleh kontraktor Etnik Minda Enterprise


Mengikut dari Haji Suffian iaitu bos kepada Etnik Minda Enterprise, kerja-kerja besi telah pun dimulakan di bengkel beliau untuk surau AL-Amin ini. Semua kerja-kerja ini dibuat di bengkel beliau bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku memandangkan berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak. Disini juga ingin saya meminta kerjasama dari semua penduduk agar dapat mengawasi anak-anak kita yang bermain disitu.

Jabatan Agama NS datang menandakan arah kiblat Surau AL-AMIN


Pada jam 10:00pagi (23/6/2010) bertempat di tapak Surau AL-AMIN Taman Mantau Indah 1 telah didatangi oleh pihak Jabatan Agama N.Sembilan berserta AJK Pembinaan Surau AL-AMIN dan Kontraktor Etnik Minda Enterprise untuk mengukur arah kiblat. Arah kiblat dari depan dan belakang ditanda bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan Surau akan datang.Setelah selesai mengukur dan menanda arah kiblat itu, bacaan Doa dan tahlil yang diketuai Oleh imam kita iaitu Tuan Haji Ahmad Nordin. Jamuan ringan disediakan.

Friday, June 18, 2010

Taman Mantau masuk suratkhabar!


Salam semua, inilah buktinya keberkatan semua penduduk Mantau bersatupadu menjayakan hari keluarga TMI pada bulan lepas. Tahniah saya ucapkan kepada pemimpin Taman Mantau Indah 1 & 2 iaitu Tuan Umar Othman selaku Presiden TMI yang begitu prihatin kepada penduduk. Sekali lagi ingin saya ucapkan tahniah kepada Biro Wanita TMI yg begitu gigih menjayakan Hari keluarga TMI. Tahniah semua!

Thursday, June 17, 2010

Pembesar Suara surau AL-AMIN!!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan berkat izin tuhan, dapat juga kita menyatukan penduduk mantau didalam blog ini walaupun beberapa kerat sahaja yang tahu tentang blog ini. Untuk pengetahuan semua ada seorang Hamba Allah yg bernama En Ramlee telah bermurah hati untuk mendermakan pembesar suara kepada surau kita yang baru nanti. Moga-moga allah dapat membalas jasa baik En Ramlee sekeluarga.Amin

Tuesday, June 15, 2010

Mesyuarat Surau AL-Amin

Tarikh:15 Jun 2010
Masa:9:00 malam
Bertempat:Surau Al-Amin (Lama)

Agenda:

1)Ucapan dari Tuan pengerusi Haji Nordin
2)Mendapatkan kata sepakat dari semua AJK untuk melantik kontraktor yang baru memandangkan kontraktor yang terdahulu telah dibatalkan disebabkan kos yang terlalu tinggi.
3)Puan Mahani ada mengemukakan proposal dari syarikat EABH Enterprise
4)Kos untuk pembinaan surau Al-Amin yang diberikan oleh EABH Enterprise adalah RM80,000.00 tidak termasuk tandas,meter api dan air. Anggaran ruang solat 30'x40'.
5)Tuan Haji Nordin juga ada mengemukakan proposal dari Pembinaan Etnik Minda Enterprise yang berlokasi di sendayan.
6)Kos pembinaan bagi Pembinaan Etnik Minda Enterprise adalah sebanyak RM78,000.00 tidak termasuk tandas. Meter api akan ditanggung oleh kontraktor manakala air tidak termasuk didalam jumlah itu. Anggaran ruang solat 30'x48'
7)Bendahari menyatakan jumlah didalam akaun Surau Al-Amin sekarang adalah sebanyak RM76,700.00.
8)Setelah membuat undi, sebulat suara memilih Pembinaan Etnik Minda Etprs untuk menerajui pembinaan surau ini.
8)Mesyuarat ditunda pada satu tarikh akan diberitahu kelak.

Monday, March 1, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 1431

Assalamualaikum,

InsyaAllah surau kita akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah seperti berikut:-

Tarikh:- 20 RabiulAwal 1431 bersamaan 6 hb Mac 2010
Hari :- Sabtu Malam Ahad
Bertempat:-Surau Al-AMIN (Rumah Sementara)

Sehubungan dengan itu, diharap semua penduduk Muslimin dan Muslimat agar dapat meluangkan masa bersama-sama kita memanfaatkan majlis tersebut.
Kepada mereka yg ingin bersedekah boleh berhubung terus dengan Haji Ahmad Nordin di talian 013-2588460.


Aturcara Majlis

7:15 mlm Kehadiran para jamaah
7:20mlm Kehadiran Penceramah
7:30mlm Solat Maghrib
7:50mlm Selawat Beramai-ramai
8:00mlm Ucapan pengerusi
8:10mlm Ceramah
9:30mlm Solat Isyak
9:40mlm Jamuan dan bersurai

Monday, February 1, 2010

Tapak Surau Al-Amin


Foto Tapak Surau yang diambil daripada jalan

besar. Lebih baik jika ada papan tanda!

Sunday, January 3, 2010

Tersergam Indah di Pinggir Desa!!!


Diperbuat dari kayu yang diimport khas dari oversea. Begitu dalam pasakkan ke empat-empat tiangnya. Dilindungi dengan atap dan grill yang disponsor oleh seorang Hamba Allah. Tetapi sampai bilakah akan penghuninya akan bertahan untuk berjaga malam? Yang pasti jawapanya ada pada semua penduduk TMI 1 & 2 sendiri. Tepuk dada tanya lah selera! Yang pasti, aku sentiasa turun pada hari aku bertugas...:)..Adiossss

Isu Pasir di Taman Mantau Indah 2!!!


Jalan atau apakah ini?Tiada tindakan susulan dari pihak yang bertanggungjawab?Tiada rungutan dari penduduk?Mahu jalan tersebut bertukar kepada Jalan "off-road"?Kita tunggu dan lihat kemudain hari.Salam 1 mantau!!!