Wednesday, July 14, 2010

Israk dan Mikraj











Alhamdulillah....selesai sudah majlis israk dan mikraj mlm tadi...ramai juga jemputan yang hadir untuk mejayakan majlis tersebut. Kanak-kanak, ibu-ibu dan bapak-bapak khusyuk mendengar ceramah daripada Ustaz Hambali menerangkan apa yang dimaksudkan dengan Israk dan Mikraj. Didalam ceramah beliau, banyak menekankan mengenai solat yang wajib bagi kita umat islam melakukannya. Dari 50 turun kepada 5 cuba anda bayangkan!Apa-apapun stmi disini ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada semua biro wanita yang bertungkus lumus memasak dari pagi dan mengemas pula di sebelah petang. Harap dapat menjalankan aktiviti-aktiviti agama seperti ini lagi dimasa hadapan.

Sunday, July 4, 2010

Kerja-kerja terkini Surau AL-AMIN




Salam semua, setelah seminggu berlalu berbagai-bagai dugaan yang kita tempuhi untuk mendirikan surau sebagai rumah ibadah. Baru-baru ini kerja-kerja pembinaan telah pun mendapat arahan dari pihak yang berkenaan berikutan tiada kelulusan PLAN untuk mendirikan surau. 2 org wakil dari pihak berkenaan telah datang dan memberikan arahan memberhentikan kerja-kerja pembinaan. Semasa itu stmi ada disitu dan mendengar arahan yang diberikan dan kami akur kerana mereka juga menjalankan tugas mereka. Tersentak ketika juga mendengar dari wakil berkenaan menyatakan bahawa ada laporan dari pihak awam mengenai surau kita ini. Biasalah, ini semua dugaan duniawi yang hanya akan menyenangkan sestengah pihak dan mereka xpernah memikirkan yang apa mereka telah lakukan. Biarlah, seharusnya mereka boleh fikir secara relevant dan waras kerana Surau yang kita ingin bangunkan bukannya PUB, DISCO dan lain2. Sepatutnya mereka memberikan bantuan bukannya dengan kata-kata belakang yang tidak bersetuju dengan pembinaan surau. Malu, marah dan bermacam-macam reaksi yang STMI rasakan tetapi tetap bersabar. STMI berharap semua penduduk dapat bersatu hati bagi menyiapkan surau kita ini. Dan ingin STMI nyatakan disini bahawa pembinaan surau AL-AMIN telah pun mendapat kelulusan dari pihak berkenaan berkat usaha pengerusi surau yang baru dan beberapa orang wakil penduduk bersemuka dengan pegawai yang berkaitan minggu lepas. Alhamdulillah..........berkat doa orang yang terinaya......Amin

Thursday, July 1, 2010

Masuk lagi TAMAN MANTAU INDAH dalam akhbar!!

Salam semua, stmi ada terbaca artikel ini di Facebook taman mantau indah pada pagi tadi. Isi kandung keratan ini memang ditujukan kepada penduduk Mantau tetapi gambarnya tidak kena mengena dengan Taman Mantau. Mungkin ada kesilapan semasa membuat editing oleh pihak berkenaan. Tetapi apa-apapun diucapkan jutaan bebayak terima kasih kepada pihak yang berkenaan kerana begitu perihatin terhadap taman mantau indah 1 & 2.ADIOSSSS