Sunday, July 4, 2010

Kerja-kerja terkini Surau AL-AMIN




Salam semua, setelah seminggu berlalu berbagai-bagai dugaan yang kita tempuhi untuk mendirikan surau sebagai rumah ibadah. Baru-baru ini kerja-kerja pembinaan telah pun mendapat arahan dari pihak yang berkenaan berikutan tiada kelulusan PLAN untuk mendirikan surau. 2 org wakil dari pihak berkenaan telah datang dan memberikan arahan memberhentikan kerja-kerja pembinaan. Semasa itu stmi ada disitu dan mendengar arahan yang diberikan dan kami akur kerana mereka juga menjalankan tugas mereka. Tersentak ketika juga mendengar dari wakil berkenaan menyatakan bahawa ada laporan dari pihak awam mengenai surau kita ini. Biasalah, ini semua dugaan duniawi yang hanya akan menyenangkan sestengah pihak dan mereka xpernah memikirkan yang apa mereka telah lakukan. Biarlah, seharusnya mereka boleh fikir secara relevant dan waras kerana Surau yang kita ingin bangunkan bukannya PUB, DISCO dan lain2. Sepatutnya mereka memberikan bantuan bukannya dengan kata-kata belakang yang tidak bersetuju dengan pembinaan surau. Malu, marah dan bermacam-macam reaksi yang STMI rasakan tetapi tetap bersabar. STMI berharap semua penduduk dapat bersatu hati bagi menyiapkan surau kita ini. Dan ingin STMI nyatakan disini bahawa pembinaan surau AL-AMIN telah pun mendapat kelulusan dari pihak berkenaan berkat usaha pengerusi surau yang baru dan beberapa orang wakil penduduk bersemuka dengan pegawai yang berkaitan minggu lepas. Alhamdulillah..........berkat doa orang yang terinaya......Amin

1 comment: